Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan diĀ Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Foto Ahmad Farhan Fauzi (FB)

PM Anwar hulur sumbangan kepada kanak-kanak hidap sakit jantung

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan seorang kanak-kanak berusia dua tahun Ayyash Waseem Mohd Fuad, yang menghidapi masalah jantung sejak lahir.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada bapa kanak-kanak tersebut Mohd Fuad Abd Malek sewaktu menziarahi keluarga berkenaan diĀ Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Berkongsi perkara itu di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata sumbangan itu merupakanĀ tanda keprihatinan Perdana Menteri terhadap ujian yang perlu dilalui keluarga berkenaan.

ā€œSemoga bantuan kecil ini dapat meringankan beban dan semoga anak ini terus kuat melawan ujian kesihatan yang dihadapinya,ā€ katanya dalam hantaran yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.

Ahmad FarhanĀ berkata Mohd Fuad mengusahakan tanaman bunga kantan untuk menampung kos rawatanĀ Ayyash Waseem yang mencecahĀ RM600 sebulan, selain keperluan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

ā€œSaya turut difahamkan baru-baru ini Ayyash telah selesai menjalani prosedur pembedahan melibatkan jantungnya. Insya-Allah, satu lagi pembedahan dijadualkan ketika anak ini berusia lima tahun nanti,ā€ katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan