Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Malaysia naik 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 – RSF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).

Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.

Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).

Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.

Berita lanjut menyusul.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan