Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota pasukan keselamatan mengangkat mayat mangsa lemas di Pitas petang tadi. Foto APM Pitas

Lelaki hilang tangkap ketam ditemui lemas

ByTVS

PITAS, 2 Mei: Lelaki tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika menangkap ketam di pesisir Pantai Rosob, Pitas ditemui meninggal dunia petang ini oleh pasukan penyelamat.

Mangsa, Muslim Masapi, 57, dilaporkan keluar menangkap ketam bersama-sama dua anak lelakinya di Pantai Torongguh sekitar jam 6 petang pada 1 Mei.

Ketika air laut mula pasang kira-kira jam 11 malam, kedua-dua anaknya kembali ke daratan tetapi menyedari bapa mereka tidak lagi kelihatan di kawasan pantai.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pitas berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan mobilisasi sebuah ambulans 4×4 dan empat anggota ke lokasi, disusuli penubuhan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kawasan Pantai Rosob.

Pencarian darat dan laut dilakukan oleh APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta lima orang awam.

Tiga bot enjin turut digunakan dalam pencarian.

Mangsa ditemukan pada jam 1.28 petang, kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di Hospital Pitas.

PKTK ditutup pada jam 2.07 petang dan seluruh operasi tamat pada jam 2.42 petang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan