Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja ladang ditemukan lemas hari ini, selepas dikatakan terjun ke dalam Sungai Aring 2, Gua Musang pada Selasa lepas. Foto hiasan Envato

Lelaki dikhuatiri lemas tergelincir dari jeti

TANJUNG MANIS, 2 Mei : Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jeti Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tan San Belati, 40, dari Rumah Mapai Kanowit.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Satu Adam Gauk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.56 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Menurut maklumat saksi, mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar jeans pendek dan berbaju biru berkolar.

“Dia dipercayai sedang dalam perjalanan kembali ke kapal pukat tunda untuk berehat selepas selesai bergaul dengan rakan sekerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Tambah beliau, ketika menuruni jeti menuju ke kapal, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai.

“Usaha pencarian awal oleh rakan sekerja bagaimanapun gagal menemui mangsa. Mereka kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pengawal keselamatan sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Sehingga laporan ini disediakan, mangsa masih belum ditemui.

“Hasil perbincangan dengan pihak polis, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pada jam 8.00 pagi ini,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan