Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan jemaah haji pertama asal Indonesia berlepas ke Tanah Suci diberangkatkan dari Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta, pada tengah malam tadi. Foto David Andreas (TVS)

Kumpulan pertama jemaah haji Indonesia berlepas ke Tanah Suci

ByTVS

JAKARTA, 2 Mei: Indonesia menghantar kumpulan pertama jemaah haji seramai 393 orang, termasuk 62 warga emas, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Kumpulan tersebut merupakan sebahagian daripada 19 kumpulan awal yang berlepas dari sembilan wilayah di seluruh negara, melibatkan sejumlah 7,514 jemaah haji.

Pelepasan kumpulan pertama ini telah disempurnakan secara rasmi oleh Menteri Agama Republik Indonesia, Nasaruddin Umar, di Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta.

“Jaga tenaga anda. Jangan sampai semangat yang tinggi pada awalnya menyebabkan keletihan dan akhirnya mengganggu kelancaran ibadah pada kemuncaknya nanti,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 350 petugas Indonesia telah bersiap sedia di Tanah Suci bagi menyambut dan membantu para jemaah di lokasi masing-masing.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan jemaah haji Indonesia tahun ini mencecah 221,000 orang, terdiri daripada 203,310 jemaah haji biasa dan 15,680 jemaah haji khas.

Kesemua kuota telah diisi sepenuhnya, malah pendaftaran dilakukan sehingga 105 peratus sebagai langkah antisipasi sekiranya terdapat jemaah yang terpaksa membatalkan keberangkatan atas sebab kesihatan atau halangan lain.

Keberangkatan kumpulan pertama ini turut diiringi oleh 76 petugas, termasuk pembimbing ibadah, pemandu haji Indonesia, dan pasukan kesihatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan