Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, hadir pada Majlis Penyerahan Projek Blok Bertingkat Hospital Seberang Jaya dekat sini hari ini. Foto TVS

JKR akan bina 170 fasiliti KKM bernilai RM16.47 bilion

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 2 Mei: Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan 170 projek pembangunan fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara dengan peruntukan mencecah RM16.47 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya, melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), sedang melaksanakan 66 projek bina baharu KKM di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dengan kos RM2.4 bilion.

Katanya, 62 daripadanya, yang bernilai RM4.05 bilion, berada pada fasa pra-pembinaan iaitu perancangan.

“Sebanyak 64 projek, yang bernilai RM7.88 bilion, berada di fasa pembinaan.

“44 projek bernilai RM4.54 bilion pula telah siap dibina,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Blok Tambahan Hospital Seberang Jaya dekat sini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Gooi Zi Sen.

Sementara itu, Alexander memaklumkan bahawa, di bawah RMK9 hingga RMK12, bagi negeri Pulau Pinang, terdapat 12 projek yang dilaksanakan pihaknya dengan kos RM1.317 bilion.

Katanya, projek tersebut melibatkan lima projek di fasa perancangan bernilai RM139.1 juta, lima projek bernilai RM781.38 juta di fasa pembinaan, dan dua projek bernilai RM396.53 juta yang telah siap dibina. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan