Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolej Universiti i-CATS (iCats) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program serta latihan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal. Foto JKR Sarawak

iCats, JKR Sarawak jalin kerjasama strategik tingkat kebolehpasaran graduan

ByBernama

KUCHING, 2 Mei: Kolej Universiti i-CATS (iCats) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi melaksanakan pelbagai program serta latihan dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

iCats diwakili Naib Canselor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi manakala JKR Sarawak diwakili pengarahnya Dr Cassidy Morris.

JKR Sarawak dalam kenyataan memaklumkan jaringan strategik itu termasuk mengadakan program latihan industri, penyelidikan bersama, pemindahan ilmu serta pembangunan kapasiti melibatkan kedua-dua bidang.

“Usaha ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri ini.

“MoU ini menandakan permulaan kerjasama rasmi antara sebuah institusi pendidikan tinggi dengan agensi teknikal utama negeri dalam pembangunan kejuruteraan dan infrastruktur Sarawak,” menurut kenyataan itu.

JKR Sarawak memaklumkan MoU berkenaan mengukuhkan peranan iCats sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif dalam menjalin kerjasama strategik demi manfaat pelajar, pihak industri dan komuniti secara keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan