Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah

170 kes penipuan dengan kerugian RM23 juta di Sandakan

ByTVS

SANDAKAN, 2 Mei: Polis Sandakan merekodkan sebanyak 170 kes jenayah penipuan atas talian sepanjang tahun 2024 melibatkan kerugian sebanyak RM23,062,232.60.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah berkata, kes tersebut melibatkan mangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk profesional, ahli perniagaan dan pesara.

“Kebanyakan mangsa adalah golongan berusia 31 hingga 50 tahun yang mana 61.11 peratus adalah kaum lelaki dan selebihnya iaitu 38.89 peratus adalah kaum wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, sebanyak 54 kes penipuan atas talian direkodkan dengan kerugian sebanyak RM4,307,227.07.

Beliau berkata, polis memandang serius perkara tersebut dan menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati serta mengelakkan diri daripada menjadi keldai akaun dengan memberikan akaun bank kepada pihak ketiga.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara selama satu hingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan