Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-9, Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9 di Dewan Seri Pinang di George Town hari ini. Foto TVS

Tun Ramli Ngah Talib angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9

ByTVS

GEORGE TOWN, 1 Mei: Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-9 pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan di Dewan Seri Pinang di sini hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang itu bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Ramli, 84, yang merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat turut diiringi isterinya, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Pengisytiharan jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-9 disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Long.

Ramli kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2029.

Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Rozana Ali Yusoff menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai saksi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kemudian menyerahkan Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) kepada Ramli.

Kon Yeow selepas itu menyampaikan ucapan tahniah dan taat setia.

Terdahulu, Ramli memeriksa Kawalan Kehormatan diketuai Mejar Mohd Solleh Jamal dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 24 April lalu berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Ramli menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-8 selama empat tahun bermula 1 Mei 2021.

Ramli sebelum ini pernah menyandang jawatan penting di peringkat Persekutuan dan negeri, antaranya sebagai Menteri Besar Perak ke-8 selama 17 tahun bermula 1982 hingga 1999. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan