Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari menyaksikan pertukaran dokumen Kontrak Perkhidmatan antara Cambridge University Press & Assessment (CUPA) yang diwakili Pengarah Urusan Perkongsian Pendidikan Cambridge, Jane Mann dan Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) oleh ketua pegawai eksekutifnya, George Ngui yang mewakili kerajaan Sarawak menerusi MEITD di London pada Rabu. Foto Fiqri Razak (TVS)

Sarawak bincang permohonan kuota kemasukan ke universiti di UK

ByShafik Ahmad

LONDON, 1 Mei: Kerajaan Sarawak kini dalam perbincangan aktif dengan Universiti Cambridge bagi memohon sekurang-kurangnya 10 kuota kemasukan ke universiti terkemuka di United Kingdom (UK) untuk pelajar cemerlang lepasan sekolah antarabangsa milik negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini bertujuan membuka laluan pendidikan bertaraf dunia kepada anak-anak Sarawak yang menunjukkan kecemerlangan akademik.

“Ini kerana kita menghantar anak-anak di sekolah antarabangsa dan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan boleh melanjutkan pengajian di universiti terkenal.

“Termasuk Universiti Cambridge, kemungkinan juga Oxford, Harvard dan London School of Economics (LSE),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani kerjasama strategik menerusi kontrak perkhidmatan antara Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) dan Cambridge University Press & Assesment (CUPA) di London pada Rabu.

Menurutnya, ia bakal melibatkan pengajian dalam bidang-bidang strategik dan spesifik yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Langkah ini katanya penting dalam memperkukuh modal insan berkualiti tinggi dan bersaing di peringkat global bagi menyokong pembangunan ekonomi baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan