Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Billy Sujang pada Hari Bung Bratak 2025 di Bau, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Projek bekalan elektrik ke Bung Bratak dalam fasa persediaan tender

ByIzzah Kamilah Yunus

BAU, 1 Mei: Projek bekalan elektrik 24 jam ke Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) kini berada dalam peringkat penyediaan Senarai Kuantiti (BQ) sebelum proses tender dibuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menjalankan dua lawatan tapak sebagai sebahagian dari proses awal pelaksanaan projek.

“Selepas itu (penyediaan BQ), tender terbuka dijangka akan dibuka selewat-lewatnya bulan hadapan.

“Saya percaya, pelaksanaan tender ini (bekalan elektrik) akan memberi satu suntikan semangat baharu dalam BBHC ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bung Bratak 2025 di sini hari ini.

Ujarnya buat masa ini BBHC masih menggunakan jana kuasa mudah alih.

“Dengan adanya (bekalan) yang 24 jam nanti, kita boleh ada lebih banyak aktiviti di sini,” katanya lagi.

Billy turut memaklumkan bahawa projek berkenaan melibatkan peruntukan RM1 juta daripada dana Gagasan Komuniti dan Ekonomi Dayak (GKCDA) untuk kawasan DUN N1 Opar, yang telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga GKCDA pada April lalu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan