Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Pekerja tahun ini amat bermakna kerana meraikan satu langkah besar dalam melindungi dan memperkasa golongan pekerja di Sarawak menerusi pindaan terkini terhadap Ordinan Buruh Sarawak. Foto hiasan Envato

Pindaan Ordinan Buruh Sarawak cermin komitmen kerajaan lindungi pekerja

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Mei: Sambutan Hari Pekerja tahun ini amat bermakna kerana meraikan satu langkah besar dalam melindungi dan memperkasa golongan pekerja di Sarawak menerusi pindaan terkini terhadap Ordinan Buruh Sarawak (SLO).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang berkata demikian, menambah pindaan terhadap SLO telah diluluskan oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, serta dijangka berkuat kuasa pada 1 Mei 2025.

Datuk Gerawat Gala. Foto fail TVS

“Pindaan ini menyelaraskan undang-undang buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 (yang telah dipinda) di Semenanjung Malaysia serta piawaian antarabangsa.

“Ini mencerminkan komitmen teguh kerajaan untuk melindungi pekerja, memastikan keadilan sosial dan mengamalkan amalan pekerjaan yang adil,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pekerja.

Beliau menggariskan, antara pindaan utama terhadap SLO adalah seperti berikut:

  • Liputan pekerja yang lebih luas yakni perlindungan undang-undang kini merangkumi semua pekerja tanpa mengira gaji atau kategori pekerjaan.
  • Manfaat cuti yang ditingkatkan yang bermakna cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari kepada 98 hari manakal bapa yang layak akan menerima tujuh hari cuti paterniti berbayar.
  • Pengurangan jam bekerja – had maksimum waktu kerja mingguan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam bagi menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan.
  • Pengenalan aturan kerja fleksibel – pekerja boleh memohon aturan waktu kerja yang fleksibel selaras dengan keperluan semasa.
  • Penambahbaikan standard penginapan pekerja – majikan wajib memastikan kemudahan perumahan pekerja mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan.
  • Peruntukan anti diskriminasi – pekerja kini berhak melaporkan sebarang amalan diskriminasi di tempat kerja.

Menurutnya, reformasi ini dicapai hasil libat urus menyeluruh bersama pihak berkepentingan, termasuk kesatuan sekerja, majikan dan masyarakat sivil.

“Ini juga mencerminkan visi bersama kita ke arah persekitaran buruh yang adil, berdaya saing dan berperikemanusiaan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan