Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengadakan pertemuan strategik bersama Presiden dan Naib Canselor London School of Economics and Political Science (LSE), Profesor Larry Kramer pada Khamis. Foto Fiqri Razak (TVS)

Pertemuan strategik LSE sasar kerjasama akademik global, teroka bidang berpotensi

ByShafik Ahmad

LONDON, 1 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengadakan pertemuan strategik bersama Presiden dan Naib Canselor London School of Economics and Political Science (LSE), Profesor Larry Kramer pada Khamis.

Ia sebagai usaha memperkukuh kerjasama antara Sarawak dan salah satu institusi terkemuka dunia dalam bidang ekonomi, dasar awam dan kelestarian.

Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESTy), menyifatkannya sebagai platform penting untuk meneroka kerjasama jangka panjang antara kedua-dua pihak.

Antaranya termasuk bidang pendidikan eksekutif untuk perkhidmatan awam dan institusi berkaitan kerajaan, laluan pascasiswazah serta biasiswa untuk pelajar Sarawak, penyelidikan bersama dan pertukaran akademik, serta penglibatan LSE dalam agenda iklim, tenaga dan kelestarian Sarawak.

Pertemuan itu turut menegaskan komitmen padu Sarawak untuk membina rangkaian akademik bertaraf global yang dapat memperkukuh agenda pembangunan mampan negeri, memperluas kecemerlangan dasar, serta mempertingkat pembangunan modal insan.

Kerjasama dengan LSE dijangka dapat membantu Sarawak bukan sahaja dalam membentuk dasar yang berasaskan penyelidikan, tetapi memperkasakan penjawat awam dan generasi muda.

Mewakili LSE, Larry menyambut baik hasrat Sarawak dan menyatakan kesediaan untuk meneroka bidang kerjasama yang boleh memberi manfaat bersama, terutama dalam konteks pembangunan lestari dan cabaran perubahan iklim.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan