Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.  Foto hiasan Envato

Peniaga rugi lebih RM278,000 angkara penipuan dalam talian

ByBernama

KUANTAN, 1 Mei: Seorang peniaga kerugian lebih RM278,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian tidak wujud minggu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kononnya wakil daripada sebuah institusi latihan kerajaan.

Beliau berkata suspek telah membuat tempahan barangan yang diniaga mangsa selain meminta peniaga itu membekalkan cenderahati melalui pihak ketiga yang disyorkan suspek sendiri.

“Meskipun belum menerima sebarang penghantaran bagi pesanan cenderahati, tanpa curiga mangsa telah membuat sembilan transaksi ke lapan akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan syarikat berjumlah lebih RM278,000.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari diperdaya setelah gagal menghubungi kedua-dua suspek berkenaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan