Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengunjung berjalan merentasi paparan informasi mengenai Karnival Hari Pekerja dan Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu. Foto Bernama

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM Anwar rasmi sambutan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Lebih 10,000 warga kerja dari sektor awam dan swasta dijangka memeriahkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei menghimpunkan wakil kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta itu menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’, sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan penting pekerja sebagai tulang belakang negara serta pelaksana utama aspirasi kemampanan, keadilan dan kesejahteraan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat khas, selain dijadual melancarkan inisiatif Kad Pekerja MADANI dan Aplikasi Telefon Pintar MyFutureJobs.

Anwar juga akan menyempurnakan penyampaian Anugerah Hari Pekerja bagi meraikan kecemerlangan pekerja, majikan, kesatuan serta pihak media termasuk dua kategori baharu yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia iaitu Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Atasan) dan Anugerah Media Terbaik (Agensi).

Sempena sambutan itu, pelbagai program turut diadakan antaranya sesi ceramah ringkas, Larian Hari Pekerja, khutbah Jumaat khas, Forum Perdana Ehwal Islam dan Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan yang berlangsung sejak Isnin lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan