KUALA LUMPUR, 1 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Kad Pekerja MADANI sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 yang memberi diskaun kepada pekerja untuk pelbagai perkhidmatan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sehingga kini, lebih satu juta kad ahli telah dikeluarkan dengan ia menyediakan akses kepada diskaun sehingga 30 peratus di beberapa syarikat yang menawarkan barangan dan perkhidmatan penting.
“Selepas ini saya akan keluarkan kenyataan media berkenaan kad MADANI yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja ahli kesatuan pekerja untuk menikmati diskaun dalam beberapa perkhidmatan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaaan di sini, hari ini.
Yang turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Berita lanjut menyusul. – TVS