KUALA LUMPUR, 1 Mei: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang -Undang (RUU) Pekerja GIG pada sidang Parlimen akan datang.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, langkah itu diambil selepas kementeriannya selesai menyiapkan draf RUU berkenaan.
“Untuk pekerja GIG, kerajaan mendengar keluhan anda kerana sudah bertahun-tahun diberi janji manis.
“KESUMA (Kementerian Sumber Manusia) telah buat kajian, konsultasi, sesi libat urus, menerima input secara dalam talian, mengadakan town hall mega dan merujuk 3,000 pemegang taruh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaaan di sini, hari ini.
Sambutan itu turut dihadiri Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua timbalannya,Timbalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, pihaknya meminta agar semua pihak memberi sokongan dan tidak menghalang kerajaan membela nasib pekerja GIG.
“Berilah sokongan kepada kerajaan untuk membentangkan RUU Pekerja GIG di sidang Parlimen yang akan datang demi membela nasib mereka,” katanya. -TVS.