Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Team Kenyalang Karate Sarawak dalam penyertaan SIlent Knight Karate Cup 2025 di Stadium Titiwangsa pada 25 hingga 27 April lalu. Foto Far-Kai Karate Academy Bintulu

Kenyalang Karate Sarawak bawa pulang 7 pingat gangsa

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

BINTULU, 1 Mei: Seramai 45 atlet mewakili Pasukan Kenyalang Karate Sarawak berjaya membawa pulang tujuh pingat gangsa dalam acara kata dan kumite pada penyertaan mereka di Silent Knight Karate Cup 2025, yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 25 hingga 27 April lalu.

Atlet-atlet dari Kuching, Bintulu dan Miri ini bersaing dengan peserta dari seluruh Malaysia serta beberapa negara luar termasuk India, Nepal dan Indonesia.

Pengurus pasukan, Clarence Leong Chen Choong berkata, kejohanan ini menjadi pentas penting untuk mencungkil bakat dan menguji tahap kemampuan atlet muda, khususnya mereka yang pertama kali menyertai kejohanan besar di luar negeri.

“Ini peluang terbaik untuk membentuk keyakinan dan dedahkan atlet kepada suasana pertandingan sebenar. Atlet kita menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan lawan dari luar negara,” katanya.

Pasukan kini memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Kejohanan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) yang akan berlangsung di Sabah dari 14 hingga 17 Mei ini, sebagai usaha untuk melayakkan diri ke dalam skuad pelapis kebangsaan.

“Kita ada satu program penting pada bulan Disember nanti iaitu Sukan Remaja Sarawak. Itulah sasaran utama kami untuk menyediakan atlet muda kita meraih pingat dalam acara tersebut. Di situlah kita akan mencungkil bakat baharu dan membangunkan mereka ke arah penyertaan di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) 2026,” katanya lagi.

Antara pemenang pingat gangsa Sarawak ialah Dyna Erna Muhammad Zaiful Zahri, Nur Aisya Danila Abdullah, Iskandar Taib Mohd, Flavian John Peter Nise, Pennylia Nathshia Liza dan Annabelle Mia Frederick. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan