Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Sungai Sauh, Padawan kini dibuka untuk laluan pengguna. Foto JKR Sarawak

Jambatan Sungai Sauh, Padawan kini dibuka kepada pengguna

BySaibi Gi

KUCHING, 1 Mei: Jambatan ‘bailey’ Sungai Sauh, Padawan dekat sini kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada semua kenderaan serta pengguna jalan raya.

Menurut Pengarah Kerja Raya Sarawak Dr Cassidy Morris, penyediaan jambatan tersebut merupakan langkah segera yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi memastikan akses perhubungan penduduk setempat tidak terputus.

Jambatan itu runtuh pada 22 April 2025.

“JKR Sarawak akan terus komited melaksanakan penyelesaian pantas dan selamat dalam situasi kecemasan serta keperluan infrastruktur sementara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, projek itu berjaya disiapkan hasil kerjasama pelbagai pihak dan penghargaan turut diberikan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaannya.

“Pihak JKR Sarawak akan terus komited untuk melaksanakan penyelesaian pantas dan selamat dalam situasi kecemasan mahupun keperluan infrastruktur sementara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan