Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada pukul 1.15 pagi tadi. Foto PDRM

Harimau kumbang mati dilanggar pacuan empat roda di LPT2

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 1 Mei: Seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh kereta pacuan empat roda di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada pukul 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata siasatan mendapati kemalangan itu terjadi apabila haiwan liar berkenaan melintas secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri jalan.

“Siasatan mendapati kereta Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Kemaman, Terengganu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, haiwan liar itu secara tiba-tiba melintas dan pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak. Haiwan itu mati di lokasi kejadian, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata bangkai haiwan berkenaan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui LPT2 dan mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan