Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pekerja tiba di dataran Monumen Nasional sempena sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 2025 di Jakarta. Foto David Andreas (TVS)

Hari Pekerja: Prabowo janji tangani isu pemberhentian pekerja

ByTVS

JAKARTA, 1 Mei: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berikrar untuk menyelesaikan isu pemberhentian pekerja ketika berucap di hadapan lebih 200,000 pekerja di Dataran Monumen Nasional (Monas) sempena sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 2025 hari ini.

Menurut laporan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia, seramai 18,610 pekerja telah diberhentikan dalam dua bulan pertama tahun ini, mencatatkan peningkatan hampir enam kali ganda berbanding Januari lalu.

Prabowo berkata, satu pasukan petugas akan ditubuhkan sebagai tindak balas segera kerajaan terhadap kebimbangan para pekerja berhubung pemberhentian yang disifatkan tidak adil dan sewenang-wenangnya.

Menurut Prabowo pasukan petugas ini ditubuhkan sebagai respons langsung kerajaan terhadap kebimbangan pekerja berhubung pemberhentian pekerja yang yang dianggap tidak adil dan sewenang-wenangnya.

“Saya mendengar banyak aduan mengenai pemberhentian pekerja yang berlaku, sebagai tindak balas perkara itu pihak kerajaan akan membentuk satuan petugas bagi mencari penyelesaian terhadap isu ini,” kata Prabowo.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha utama kerajaan untuk memperkukuh keadilan industri serta melindungi hak pekerja bagi menjamin kehidupan yang lebih bermaruah.

Isu pemberhentian pekerja turut menjadi antara tuntutan utama yang disuarakan oleh kesatuan pekerja sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan merancang untuk menubuhkan Majlis Kebajikan Buruh Indonesia dalam masa terdekat. Majlis ini bertujuan memberikan perlindungan kepada pekerja serta menjadi jambatan antara majikan dan pekerja dalam membincangkan pelbagai isu berkaitan tenaga kerja.

Pada masa yang sama, kesatuan buruh turut mengemukakan beberapa tuntutan lain, antaranya menghapuskan sistem penyumberan luar (outsourcing), menetapkan gaji yang munasabah, meluluskan Undang-Undang Tenaga Kerja yang baharu, memberi perlindungan kepada pekerja domestik, membanteras rasuah serta meluluskan Undang-Undang Perampasan Aset terhadap pelaku rasuah.

Sambutan Hari Pekerja 2025 turut diadakan serentak di 15 wilayah lain di seluruh Indonesia, termasuk Surabaya, Semarang, Lampung, Medan, Palembang, Makassar, Batam, Cirebon, Serang, Bekasi, Tangerang, Gresik, Banjarmasin, Pontianak dan Balikpapan, dengan penyertaan lebih sejuta pekerja. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan