Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat wartawan hiburan yang disegani Md Nasir Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, yang meninggal dunia hari ini. Foto Fahmi Fadzil (FB)

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Nas Ahmad dan jurugambar veteran NSTP

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat wartawan hiburan yang disegani Md Nasir Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nas Ahmad, yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi, menerusi hantaran di Facebook, turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat jurugambar veteran The New Straits Times Press (M) Berhad Dzulkifli Mustapha, yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Industri media tanah air kehilangan dua lagi figura yang banyak menabur jasa dan bakti dalam bidang diceburi.

“Satu ketika dahulu, mereka antara perakam dan pelapor detik-detik bersejarah, selain menyampaikan pelbagai kisah yang mewarnai kehidupan masyarakat negara ini,” katanya.

Beliau turut mengajak semua untuk sama-sama mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nas Ahmad, 63, yang juga bekas penerbit dan wartawan Melodi, menghembuskan nafas terakhir pada 9.49 pagi di Hospital Sungai Buloh selepas mengalami masalah pernafasan manakala Dzulkifli, 65, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada kira-kira 1 tengah hari semalam akibat kanser usus.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan