Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OCHA mendedahkan bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas yang minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius. Foto fail AFP

92 peratus bayi di Gaza kekurangan akses pemakanan asas – PBB

ByBernama

NEW YORK, 1 Mei: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di wilayah Palestin yang diduduki melaporkan peningkatan 80 peratus dalam bilangan kanak-kanak yang menerima rawatan kekurangan zat makanan pada April berbanding Mac.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), krisis yang semakin meruncing ini disebabkan oleh sekatan berterusan Israel dan penutupan lintasan sempadan, yang menghalang penghantaran bekalan penting dengan ketara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, OCHA mendedahkan bahawa 92 peratus bayi berusia antara enam bulan hingga dua tahun, bersama ibu mereka, tidak mendapat keperluan pemakanan asas yang minimum, mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan jangka panjang yang serius.

Laporan itu juga menyatakan bahawa 65 peratus penduduk Gaza tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih, meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah kritikal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan