Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 296 graduan Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, diraikan dalam majlis konvokesyen yang berlangsung pada 30 April lalu. Foto Swinburne Sarawak

296 graduan Swinburne Sarawak terima skrol pada majlis konvokesyen

ByMuqri Aziz

KUCHING, 1 Mei: Seramai 296 graduan Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, diraikan pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 30 April lalu.

Menurut satu kenyataan universiti itu, sejumlah 21 graduan menerima diploma, 251 menerima ijazah sarjana muda, 21 menerima ijazah sarjana, manakala tiga graduan dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD) yang merangkumi pelbagai disiplin dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta bukan STEM.

Valedictorian majlis, Brenda Lau Leh Xuan, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Bioteknologi), menyifatkan pengalamannya di Swinburne Sarawak sebagai satu perjalanan transformasi penuh pembelajaran dan penemuan jati diri.

Dia turut menyeru rakan-rakan graduan agar berani melangkah keluar dari zon selesa dan tidak gentar menghadapi cabaran dunia sebenar.

“Perjalanan ini tidak selalu mudah namun setiap cabaran telah membentuk siapa saya hari ini. Saya bersyukur atas persekitaran yang menyokong serta pengalaman berharga yang diperoleh, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga di luar bilik kuliah.

“Dunia sebenar mungkin kelihatan menggerunkan pada awalnya, namun setiap langkah kecil tetap membawa makna. Percayalah pada diri sendiri, teruskan belajar, kekal setia pada nilai-nilai murni dan cipta impak positif dalam dunia ini,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu majlis disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Kanan merangkap Ketua Pegawai Akademik Swinburne University of Technology, Prof. Simon Ridings yang turut menyampaikan sijil kepada para graduan.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama isteri, Dato Fatimah Mohd Iskandar bagi meraikan kejayaan anak mereka, Muhammad Abu Bakar Mohamad Asfia yang menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk.

Majlis turut menyaksikan kehadiran graduan antarabangsa dari 14 negara termasuk Bangladesh, Brunei, China, India, Indonesia, Kenya, Pakistan, Korea Selatan, Sri Lanka, Syria, Vietnam, Yaman dan Zimbabwe. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan