Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 orang terbunuh termasuk enam kanak-kanak, manakala sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di sebuah lebuh raya di utara Manila pada tengah hari Khamis. Foto Philippine Red Cross (FB)

12 maut, 30 cedera dalam nahas babitkan 5 kenderaan di Filipina

ByBernama

MANILA, 1 Mei: Seramai 12 orang terbunuh termasuk enam kanak-kanak, manakala sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di sebuah lebuh raya di utara Manila pada tengah hari Khamis, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Penolong Naib Presiden Operasi Trafik NLEX Corp Robin Ignacio memaklumkan dalam temu bual radio tempatan bahawa kemalangan berlaku sekitar 12.08 tengah hari di Tarlac City, di tengah Luzon, melibatkan sebuah bas penumpang, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah trak kontena.

Ignacio berkata kemalangan itu berpunca apabila bas yang dipandu laju merempuh kenderaan di hadapannya, menyebabkan kesan domino ke atas tiga lagi kenderaan yang beratur untuk membayar tol lebuh raya.

“Empat kenderaan di hadapan bas itu hampir berhenti atau sudah berhenti menunggu giliran untuk membayar tol ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan oleh pasukan kecemasan dan penyelamat.

Pemandu bas berkenaan telah ditahan polis sementara siasatan lanjut dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan