Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis menandatangani Kontrak Perkhidmatan antara Cambridge University Press & Assessment (CUPA) dan Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) yang mewakili kerajaan Sarawak menerusi MEITD. Foto Fiqri Razak (TVS)

UPDLP pelajar tahun enam Sarawak mula Oktober ini

ByShafik Ahmad

LONDON, 30 April: Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP) bagi pelajar Tahun Enam akan mula dilaksanakan pada Oktober tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program tersebut merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, selaras dengan keperluan ekonomi digital masa kini.

“Program ini akan diselaraskan dengan piawaian antarabangsa, Bahasa Melayu akan digunakan berasaskan silibus kebangsaan, manakala Bahasa Inggeris digunakan untuk penilaian berasaskan silibus antarabangsa yang disediakan oleh Cambridge,” jelas beliau.

Tegasnya, pelaksanaan UPDLP penting bagi melahirkan pelajar yang fasih dalam kedua-dua bahasa, sekali gus mempersiapkan mereka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam konteks ekonomi baharu yang menekankan pendigitalan.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kebenaran kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) untuk menjalin kerjasama rasmi dengan Universiti Cambridge dalam menjayakan program ini.

Dua universiti turut terlibat dalam pelaksanaan dan penilaian program ini, termasuk Universiti Swinburne Sarawak yang mempunyai kedudukan bertaraf antarabangsa dan akan memainkan peranan penting bersama Cambridge dalam proses penilaian di negeri ini.

“Inilah sebahagian daripada usaha kita dalam membangunkan sumber manusia yang berdaya saing agar dapat menyumbang secara langsung dalam peralihan ekonomi Sarawak ke arah ekonomi strategik baharu,” katanya.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perkhidmatan antara Cambridge University Press & Assessment (CUPA) dan Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) yang mewakili kerajaan Sarawak menerusi MEITD.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Antara lain, Ketua Pegawai Eksekutif SWIM, George Ngui, Pengarah Urusan Perkongsian Pendidikan Cambridge, Jane Mann dan Pengurusan Urusan Kumpulan Pendidikan Antarabangsa Cambridge, Rod Smith.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan kapasiti dan peningkatan sistem penilaian serta kandungan pembelajaran, selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi hab pendidikan dan inovasi di rantau ini.

Ia turut mencerminkan komitmen Sarawak untuk membina jaringan bersama institusi bertaraf dunia dalam usaha memperkasa modal insan serta ekosistem pembelajaran berimpak tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan