Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Friday Belik serta tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan bersama pelajar dari Rumah Merah. Foto TVS

Sukan tahunan sekolah platform lahir atlet

ByTVS

SARATOK, 30 April: Kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan negara, malah turut berperanan sebagai platform melahirkan atlet cemerlang dan pemimpin masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, semangat kesukanan dan daya saing yang ditunjukkan oleh pelajar sepanjang kejohanan membuktikan potensi besar yang dimiliki mereka.

“Saya kagum melihat kesungguhan para pelajar sepanjang kejohanan ini. Berdasarkan semangat yang ditunjukkan, tidak mustahil SMK Saratok akan terus melahirkan atlet cemerlang dalam bidang sukan dan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Olahraga, Balapan dan Padang SMK Saratok ke-58 di Kompleks Sukan Mini Saratok, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor berkata penganjuran sukan peringkat sekolah selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan dalam menggilap bakat pelajar.

“Sukan tahunan seperti ini penting untuk mengenal pasti bakat baharu sebelum diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Ia juga memperkukuh semangat perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid,” katanya.

Beliau turut mencabar atlet SMK Saratok mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Betong yang akan datang, selepas muncul juara keseluruhan tahun lalu.

Kejohanan selama tiga hari yang berlangsung dari 28 hingga 30 April itu menyaksikan persaingan antara empat rumah sukan — Merah, Biru, Hijau dan Kuning.

Rumah Merah muncul juara keseluruhan dengan kutipan 374 mata, manakala Rumah Biru dinobatkan sebagai johan perbarisan dengan 100 mata.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan