Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penasihat Saintifik Utama Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK,Profesor Julia Sutcliffe dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Catapult, Raj Gawera pada sidang media selepas pra pelancaran KETEQ AI dan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama strategik dengan SMD di CSA Catapult

SMD-UK, model inovasi teknologi berimpak tinggi

ByShafik Ahmad

CARDIFF, 30 Apr: Usahasama antara Kerajaan Sarawak menerusi SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) dan rakan strategik dari United Kingdom (UK) terus mencatat kemajuan pesat dengan pemimpin industri itu menyifatkan kerjasama ini sebagai satu model inovasi teknologi berimpak tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif CSA Catapult, Raj Gawera, memuji kecekapan dan kemajuan luar biasa yang dicapai hanya dalam tempoh setahun selepas termeterainya perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak.

“Dalam industri kami, kelajuan amat penting, bukan sekadar mencipta inovasi, tetapi juga mempercepat keupayaan untuk dikomersialkan dan dihasilkan dalam skala besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pra pelancaran KETEQ AI dan pertukaran dokumen perjanjian kerjasama strategik dengan SMD di CSA Catapult di sini pada Selasa.

Menurut beliau, aspek penting dalam kerjasama ini bukan sahaja tertumpu kepada penyelidikan, tetapi juga pada pemahaman cabaran sebenar dalam melaksanakan teknologi di lapangan.

Beliau menegaskan bahawa komitmen untuk terus bergerak pantas dan mengekalkan momentum kerjasama ini amat penting dalam memastikan kejayaan jangka panjang.

Sementara itu, Penasihat Saintifik Utama Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK, Profesor Julia Sutcliffe, optimistik terhadap kesan besar kerjasama Sarawak–UK terhadap pertumbuhan teknologi masa hadapan.

“Sungguh mengagumkan melihat tahap inovasi dan kerjasama dalam bidang teknologi teras ini.

“Ia menjadi asas kepada pelbagai sektor ekonomi dan sangat penting untuk strategi industri kami yang bakal dilancarkan tahun ini,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa sektor semikonduktor akan menjadi komponen utama dalam strategi industri digital dan teknologi UK.

Kerjasama erat seperti ini akan meletakkan kedua-dua negara dalam kedudukan kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi masa depan.

Malah menerusi kerjasama itu juga turut menyokong matlamat Sarawak untuk menjadi peneraju dalam cip pintar dan teknologi tenaga bersih, dengan projek pembangunan Edge AI Power Converter yang dijangka membuka pasaran baharu di Eropah, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat. – TVS

Tags: AI, KETEQ AI, SMD, UK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan