Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan udara Israel hancurkan masjid di Gaza, cederakan ramai di kem pelarian Nuseirat.- Foto fail AFP

Serangan udara Israel hancurkan Masjid di Gaza, cederakan ramai di kem pelarian Nuseirat

ByBernama

ISTANBUL, 30 April:  Beberapa rakyat Palestin cedera pada Selasa apabila pesawat perang Israel mengebom Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza sehingga musnah sepenuhnya, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saksi, serangan udara itu menyebabkan kemusnahan masjid berkenaan serta mencederakan sejumlah besar orang awam.

Saksi memaklumkan bahawa mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Awda di Nuseirat, namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Sejak perang genosid Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Okt 2023, rejim Zionis terus menyasarkan rumah ibadat di wilayah itu, khususnya masjid dan gereja.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza pada Februari lalu memaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan 1,109 daripada 1,244 buah masjid sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

Israel memperbaharui serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai dengan kumpulan pejuang Hamas pada 19 Jan.

Sejak Oktober 2023, lebih 52,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan