Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembantu Pengurus Muamalat Bullets, Adam Abdullah (dua, kiri) dan Pengurus Pasukan MBDK Royal Town Warriors, Shahizam Tukiran (dua, kanan) ketika sesi bergambar pada Sidang Media Corporate Super Rugby Grand Final 2025 hari ini. Foto Bernama

Ragbi: Muamalat Bullets idam hatrik kejuaraan CSR

ByBernama

PETALING JAYA, 30 April: Pasukan Muamalat Bullets yakin mampu mempertahankan kejuaraan Corporate Super Rugby (CSR) sekali gus melakar kejayaan hatrik ketika bertemu MBDK Royal Town Warriors di pentas final Sabtu ini.

Penolong Pengurus Muamalat Bullets Adam Abdullah berkata pasukannya yang dibarisi lima pemain kebangsaan telah membuat persediaan rapi sejak beberapa minggu lepas.

Beliau berkata skuad yang diberi julukan ‘JDT of Rugby’ itu tidak berdepan isu kecederaan menjelang aksi final di Padang Sultan Sulaiman, Klang yang merupakan venue pihak lawan.

“Memang misi Muamalat Bullets untuk mencatatkan hatrik tahun ini. Jadi, tekanan itu ada tetapi saya rasa ia dapat membuatkan pasukan kami menganggap setiap perlawanan itu satu tanggungjawab besar.

“Dengan kekuatan pasukan yang dibarisi pemain berpengalaman, kami yakin mampu raih kemenangan lagi,” katanya pada CSR Grand Final 2025 Media Scrum di sini hari ini.

Lima pemain kebangsaan yang memperkuatkan Muamalat Bullets ialah Mohammad Azri Mohd Kamal, Amierul Harith Mohd Heriezal, Muhammad Sameer Sani, Mohd Shobrey Amuk dan Muhammad Amirul Aqil Kamsol.

Sebagai rekod, pertembungan minggu ini merupakan ulangan final edisi 2023 sekali gus memberi peluang kepada MBDK Royal Town Warriors menebus kekecewaan dua tahun lepas.

Sementara itu Pengurus MBDK Royal Town Warriors Shahizam Tukiran berkata pasukannya menjanjikan pertarungan sengit Sabtu ini bagi menewaskan Muamalat Bullets yang merupakan juara bertahan dua edisi berturut-turut.

“Kami sentiasa bersedia, pemain dalam keadaan terbaik dan bermotivasi tinggi untuk hadapi final,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan