Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat laporan daripada seorang remaja perempuan berumur 15 tahun berkaitan kejadian mengaibkan kehormatan dan ganguan seksual oleh seorang lelaki.

Polis siasat kes dakwaan gangguan seksual dalam kereta

BySaibi Gi

KUCHING, 30 April: Polis sedang menyiasat laporan daripada seorang remaja perempuan berumur 15 tahun berkaitan kejadian mengaibkan kehormatan dan ganguan seksual oleh seorang lelaki semasa berada di dalam sebuah kereta di Jalan Camar di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan mengesahkan laporan polis itu diterima pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya dan kes juga disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Beliau menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah kuching di talian 082-24444 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes ASP Tan Kian Kok di talian 010-5661576.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan