Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak RM13 juta diperuntukkan oleh menerusi MyCreative Ventures untuk pelaksanaan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik dan Skim Dana Padanan (SDP) 2025 bagi memperkukuh pembangunan dan daya saing industri muzik tempatan. Foto hiasan Envato

Peruntukan RM13 juta bagi Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik dan Skim Dana Padanan 2025

PUTRAJAYA, 30 April: Sebanyak RM13 juta diperuntukkan oleh menerusi MyCreative Ventures untuk pelaksanaan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik dan Skim Dana Padanan (SDP) 2025 bagi memperkukuh pembangunan dan daya saing industri muzik tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif ini memberi peluang besar kepada penggiat seni untuk memperkasa projek masing-masing, sekali gus menyumbang kepada ekosistem kreatif negara secara menyeluruh.

“Kementerian Komunikasi melalui kumpulan MyCreative Ventures hari ini melancarkan program dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM13 juta bagi menyokong para penggiat industri seni tempatan.

“Sehingga kini program DKK Industri Muzik telah menyalurkan RM23 juta kepada 223 penerima, memberi sokongan berdasarkan merit, kebolehlaksanaan serta potensi kebolehpasaran projek dalam usaha memperkasakan ekosistem muzik negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Menurut Fahmi, permohonan bagi DKK Industri Muzik 2025 dibuka mulai hari ini, 30 April 2025, dan meliputi tiga kategori utama iaitu Dana Persembahan Muzik, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik.

Permohonan bagi Dana Persembahan Muzik akan ditutup pada 11 Jun depan manakala permohonan bagi Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik akan dibuka sepanjang tahun.

Sementara itu, Fahmi memaklumkan Skim Dana Padanan 2025 juga dilancarkan pada tarikh yang sama, menawarkan geran padanan satu dengan satu (one-to-one matching grant) sehingga RM250,000 bagi setiap permohonan yang berjaya.

“Melalui skim ini, kami berharap dapat mendorong lebih banyak kerjasama antara penggiat industri dengan pihak swasta atau pelabur lain, selain membantu mereka memajukan hasil kerja ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang https://www.mycreative.com.my/funds. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan