Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengurus akaun sebuah syarikat di sini berputih mata apabila wang miliknya hampir RM1.4 juta lesap selepas disyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan atas talian kelmarin. Foto, Envato.

Pengurus akaun rugi hampir RM1.4 juta ditipu pelaburan dalam talian

GEORGE TOWN, 30 April: Seorang pengurus akaun sebuah syarikat di sini berputih mata apabila wang miliknya hampir RM1.4 juta lesap selepas disyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian kelmarin.

Mangsa lelaki berusia 70 tahun dikatakan terjerat selepas melihat iklan berkonsepkan jual beli saham di bursa saham yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Disember lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa tertarik apabila pelaburan itu menjanjikan pulangan keuntungan antara lapan hingga 15 peratus daripada modal yang dilaburkan dalam tempoh dua bulan.

Katanya, lelaki itu telah diminta untuk memuat turun aplikasi bernama BIONM untuk mendaftar sebagai ahli dan membuat pelaburan.

“Mangsa telah membuat 14 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun berbeza berjumlah RM1,365,000.

“Dia mula sedar diperdaya apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM1 juta sebagai komisen kepada pihak BIONM bagi tujuan pengeluaran keuntungan sebanyak RM11 juta yang kononnya telah terkumpul dalam aplikasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hamzah, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini kelmarin selepas menyedari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan