Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lepas. Foto PDRM

Pekerja swasta rugi RM3.1 juta diperdaya pelaburan saham tidak wujud

ByBernama

SEREMBAN, 30 April: Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Dis tahun lepas.

“Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Hatta berkata mangsa telah membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.

Mangsa membuat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan