Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesilat-pesilat dari Persatuan Seni Pencak Silat Jalak Tingkor Wilayah Lawas dan Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang bergambar bersama hadiah kemenangan. Foto TVS

Pasukan Silat Sarawak rangkul naib juara Kejohanan Silat Pantai Labuan 2025

ByTVS

LAWAS, 30 April: Pasukan Sarawak melalui Persatuan Seni Pencak Silat Jalak Tingkor Wilayah Lawas beraksi cemerlang apabila merangkul naib juara keseluruhan Kejohanan Silat Pantai Labuan 2025 yang diadakan pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Guru Utama Silat Jalak Tingkor Lawas yang juga Jurulatih Silat Pusat Pembangunan Sukan Pencak Silat Lawas Hamidon Chulim berkata sebanyak 39 pingat berjaya dikutip yang merangkumi 14 pingat emas, 17 perak dan lapan gangsa.

“Seramai 47 pesilat dari Lawas bertanding dalam kejohanan itu dan seorang pesilat kami iaitu Muhammad Khusairi Hafizi Abdullah merangkul gelaran Putra Terbaik Sukma dalam kejohanan itu,” katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu dua pesilat dari Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang merangkul gelaran juara dan membawa pulang pingat emas dalam kejohanan sama.

Gelaran juara dimenangi Aliff Ikhwan Mohamad Noor (Putra Remaja Kelas A) dan Izzuddin Qassam Ahmad (Putra Remaja Kelas C).

Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang turut menghantar seramai lima pesilat untuk mengikuti kejohanan tersebut.

Terdahulu, sebanyak 700 pesilat dari seluruh Malaysia dan Brunei mengambil bahagian dalam Kejohanan Silat Pantai Labuan 2025 yang merupakan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Berlangsung dari 24 hingga 25 April di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, kejohanan selama dua hari itu merupakan antara tarikan utama dalam Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2025 (LISC).

Dianjurkan Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (Pesaka) Labuan, kejohanan berkenaan menarik penyertaan pesilat pelbagai peringkat umur dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan