Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat yang baharu iaitu Noor Aeiza Hassan berkuat kuasa pada 29 April 2025. Foto Bank Rakyat

Noor Aeiza Hassan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 April: Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat yang baharu iaitu Noor Aeiza Hassan berkuat kuasa semalam.

Bank Rakyat dalam kenyataannya memaklumkan Noor Aeiza berkelulusan Sumber Manusia dalam bidang Psikologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berpengalaman selama lebih 14 tahun di peringkat pengurusan dalam industri komunikasi serta industri latihan pembangunan keusahawanan.

“Dengan pengalaman yang luas, pihak Bank Rakyat yakin beliau mampu mengemudi Yayasan Bank Rakyat dengan baik.

Keyakinan ini merangkumi komitmen Yayasan Bank Rakyat dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan serta membantu membangunkan modal insan selaras dengan konsep Malaysia Madani,” ujar Bank Rakyat dalam kenyataannya pada Selasa.

Pelantikan tersebut disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Bank Rakyat bagi kepentingan dan kebajikan anggota serta masyarakat secara umum. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan