Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto Hajah Nancy Haji Shukri (FB)

Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual

ByBernama

KUCHING, 30 April: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri hari ini meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah serta keselamatan masyarakat.

Beliau berkata demikian susulan satu video tular baru-baru ini melibatkan seorang pemandu e-panggilan yang meminta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk membuka tudung dipakainya sewaktu menggunakan khidmat pemanduan itu pulang ke rumahnya.

“Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri. Anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri. Pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasakan keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy berkata beliau difahamkan bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan hal berkenaan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.

“Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan