Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang menyempurnakan pelancaran Mayfest 2025 di Miri, hari ini. Foto (TVS)

Miri raikan ulang tahun bandar raya dengan 31 acara Mayfest 2025

ByVanessa Enjop

MIRI, 30 April: Bandar raya Miri bakal meraikan ulang tahun ke-20 tahun ini menerusi pelancaran Mayfest 2025, yang akan menampilkan 31 program sepanjang bulan Mei bertemakan ‘Karnival Perpaduan Berbilang Kaum’.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, sambutan tahun ini lebih istimewa kerana ia bukan sahaja meraikan kemeriahan tradisi tahunan, malah memperingati dua dekad perisytiharan Miri sebagai bandar raya.

“Tahun ini sangat bermakna kerana kita menyambut ulang tahun ke-20 bandar raya Miri. Ia bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga ruang untuk mengimbas pencapaian dan menyemai cita-cita untuk masa depan yang lebih gemilang,” katanya pada Majlis Pelancaran Mayfest 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya sebanyak 31 acara dan aktiviti pelbagai telah dikemukakan oleh persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO), meliputi pertunjukan kebudayaan, pameran, pertandingan sukan, program komuniti, serta konsert.

Sebagai acara kemuncak, Konsert Rakyat akan diadakan semasa karnival ulang tahun, yang bakal menampilkan artis terkenal termasuk Baby Shima dan Vanessa Reynauld.

“Mayfest menyatukan rakyat Miri daripada pelbagai kaum, mempamerkan semangat perpaduan dan menjadi wadah penting untuk menyemarakkan keharmonian serta semangat kebersamaan,” tambahnya.

Beliau turut menyeru agar orang ramai mengambil peluang untuk menyertai dan menikmati pelbagai program menarik yang telah disusun sepanjang sambutan kali ini.

“Marilah kita raikan ulang tahun ke-20 ini bersama-sama dengan penuh kegembiraan, kebanggaan dan semangat perpaduan yang menjadi lambang bandar raya Miri,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan