Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang dijumpai di kawasan hutan berhampiran Pantai Kala Dana, Mukah hari ini. Foto IPD Mukah

Lelaki ditemui meninggal dunia berhampiran Pantai Kala Dana

MUKAH, 30 April : Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Pantai Kala Dana, kira-kira 150 meter dari Tapak Pesta Kaul Mukah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 10.00 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau perbuatan khianat yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat lelaki tempatan berusia 27 tahun itu kemudiannya dibawa ke Rumah Mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, kes tersebut disiasat sebagai laporan mati mengejut.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan