Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto fail Bernama

Lawatan MITI ke AS beri impak positif

PUTRAJAYA, 30 April: Lawatan rasmi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke Amerika Syarikat bagi membincangkan isu tarif yang dikenakan negara itu terhadap Malaysia baru-baru ini membuahkan hasil positif.

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, satu laporan telah diserahkan kepada ahli Jemaah Menteri berhubung hasil lawatan tersebut, termasuk langkah-langkah strategik yang akan diambil selepas ini.

“Menteri MITI (Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz) memaklumkan bahawa lawatan tersebut telah membuahkan satu pandangan positif (malah) beliau telah memberi laporan kepada Jemaah Menteri tentang langkah-langkah berikutnya.

“Beberapa sektor dan bidang telah dikenal pasti sebagai keutamaan dalam perbincangan susulan, yang akan diserahkan sepenuhnya kepada MITI untuk menjalankan perbincangan tersebut,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Tambah Fahmi, satu kenyataan rasmi berhubung dasar dan pendirian kerajaan serta langkah-langkah susulan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang khas Parlimen pada 5 Mei depan.

“Perdana Menteri akan memberi penjelasan menyeluruh mengenai hala tuju kerajaan berdasarkan hasil lawatan itu dan ia akan diikuti dengan sesi perbahasan serta sesi penggulungan oleh Menteri MITI sendiri,” ujar beliau.

Lawatan MITI ke AS dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh hubungan ekonomi antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang pelaburan strategik bagi Malaysia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan