Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kereta Hyundai Matrix tebakar di Jalan Deshon di Sibu, hari ini. Foto JBPM

Kereta terbakar, pemandu dan penumpang selamat

SIBU, 30 April: Sebuah kereta Hyundai Matrix tebakar di Jalan Deshon di sini, hari ini.

Komander Operasi, Thomson Sumping berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.44 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Hyundai Matrix telah terbakar keseluruhan,

“Kedua-dua mangsa pemandu dan penumpang berjaya keluar dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak menggunakan dua aliran salur bantu mula dan air dari jentera bagi memadam kebakaran tersebut.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, anggota bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan