Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teo Nie Ching melakukan lawatan kerja ke Gunung Kinabalu bagi meninjau inisiatif memperkasa perkhidmatan pos dan komunikasi di lokasi itu yang merupakan kawasan pelancongan utama negara. Foto, SKMM.

Kerajaan perkasa perkhidmatan pos dan komunikasi di Gunung Kinabalu

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 30 April: Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi terus memperkasa perkhidmatan pos dan komunikasi di Gunung Kinabalu dalam usaha meningkatkan pengalaman pelancong serta memperkukuh infrastruktur digital di kawasan pelancongan strategik negara.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata inisiatif tersebut dilaksanakan melalui kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pos Malaysia dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kemudahan penghantaran pos, termasuk di kawasan beraltitud tinggi seperti puncak Gunung Kinabalu.

“Perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu bukan sekadar kemudahan, tetapi simbol ikonik komunikasi yang menghubungkan dunia dari puncak tertinggi negara. Ia juga menjadi kenangan bermakna bagi para pendaki dan pelancong,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Nie Ching sedang melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Peti Pos Gunung Kinabalu bermula 28 April lalu, bagi meninjau pelaksanaan inisiatif berkenaan dan mempromosikan pelbagai pembaharuan termasuk poskad edisi terhad serta cop pembatalan baharu khas untuk poskad yang dihantar dari puncak gunung tersebut.

Kenyataan itu menambah, pada sesi lawatan itu, Nie Ching telah diberikan taklimat oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkaitan usaha meningkatkan kualiti liputan dan perkhidmatan komunikasi di kawasan gunung.

“Selain itu, sesi pengujian kualiti perkhidmatan menggunakan aplikasi MCMC Nexus turut dilaksanakan bagi menilai dan menambah baik pengalaman pelanggan secara menyeluruh,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, usaha penambahbaikan berkenaan dilihat sebagai persediaan penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, selain mengangkat nama Malaysia di mata dunia melalui inovasi dalam sektor komunikasi dan perkhidmatan pos.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan