Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ Sarawak telah menganjurkan satu sesi Townhall bersama pegawai dan anggota penguatkuasa bertempat di Bilik Auditorium, JPJ Sarawak. Foto JPJ Sarawak

Kakitangan JPJ harus kekalkan integriti, etika kerja tinggi

KUCHING, 30 April: Kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak harus mengekalkan tahap integriti dan etika kerja yang tinggi dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim berkata,perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat perlulah sentiasa cekap, berkualiti, dan mesra pelanggan, seiring dengan arus perubahan semasa serta aspirasi jabatan dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

“Adalah penting semua kakitangan membudayakan kerja berpasukan dan memperkasa kesediaan terhadap perubahan teknologi dalam urusan harian.

“Era digitalisasi menuntut setiap warga JPJ untuk sentiasa bersedia, cekap dan bijak memanfaatkan teknologi demi mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan,” katanya.

JPJ Sarawak telah menganjurkan satu sesi Townhall bersama pegawai dan anggota penguatkuasa bertempat di Bilik Auditorium, JPJ Sarawak pada Isnin.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik jabatan dalam usaha memperkasakan prestasi KPI di peringkat negeri menerusi pendekatan komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan konstruktif.

Nor Azlan turut menekankan bahawa latihan berterusan dan pembangunan kompetensi harus dijadikan keutamaan supaya setiap anggota kekal relevan, berdaya saing dan mampu memenuhi harapan pelanggan serta jabatan.

Sesi Townhall ini bukan sahaja menjadi platform untuk mendengar amanat daripada pihak pengurusan, malah membuka ruang kepada warga kerja untuk bersama-sama menyuarakan pandangan dan bertukar idea demi kemajuan bersama.

Secara keseluruhannya, sesi Townhall ini telah mencapai objektifnya sebagai platform pengukuhan komunikasi dalaman, memperjelaskan ekspektasi jabatan, serta menyuntik motivasi baharu dalam kalangan warga kerja JPJ Sarawak ke arah prestasi yang lebih cemerlang.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan