Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Hutan Sarawak menggagalkan cubaan lima lelaki menyeludup kayu balak haram menggunakan lori di Bintulu pada 25 April lalu. Foto JHS

Jabatan Hutan Sarawak gagalkan cubaan seludup kayu balak di Bintulu

BINTULU, 30 April: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menggagalkan cubaan lima lelaki menyeludup kayu balak haram menggunakan lori di sekitar kawasan Pusat Perindustrian Kemena di sini, pada 25 April lalu.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad berkata, serbuan dijalankan semasa pegawai penguatkuasa JHS menjalankan tugasan pencegahan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan itu sekitar jam 8.20 malam.

“Semasa anggota JHS tiba, terdapat lima lori bersama muatan kayu balak pelbagai spesies dan saiz dan empat lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan dan diperiksa.

“Pemeriksaan telah dibuat dan mendapati semua pemandu gagal mengemukakan dokumen pemilikan kayu yang sah dari JHS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya merampas barangan termasuk lori bermuatan kayu balak haram yang dianggarkan nilai keseluruhan berjumlah RM275,000.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Pejabat Hutan Wilayah Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Kesemua pesalah berkenaan akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 96, Forests Ordinance, 2015 (Cap 71) atas kesalahan memiliki hasil hutan yang tidak sah disisi undang-undang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan