Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamdan Jar’ee (tengah) dan Hazizah Yusoff (kiri) ketika Majlis Penangguhan Program Kesedaran Isu Sosial Sarawak 2025 ‘Lelaki Qawwam, Wanita Terpelihara’. Foto Muqri Aziz (TVS)

Inisiatif lelaki Qawwam bantu bendung gejala sosial

ByAtikah Norman

KUCHING, 30 April: Peningkatan kes jenayah sosial dalam kalangan masyarakat di negara ini dapat diatasi melalui pelaksanaan inisiatif lelaki Qawwam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hazizah Yusoff berkata, institusi keluarga yang rapuh dan tidak mempunyai  kepimpinan yang teguh daripada golongan suami menjadi salah satu punca berlakunya peningkatan gejala sosial.

“Jika ketua keluarga kurang ilmu agama atau gagal memainkan peranan sebagai lelaki Qawwam, itulah antara penyebab gejala sosial ini bermula.

“Melalui inisiatif ini, kita berusaha meningkatkan kesedaran kaum lelaki terhadap tanggungjawab sosial dan spiritual mereka sebagai pemimpin dalam keluarga dan masyarakat”, ujarnya pada Majlis Penangguhan Program Kesedaran Isu Sosial Sarawak 2025 bertemakan ‘Lelaki Qawwam, Wanita Terpelihara’ di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Hamdan Jar’ee yang mewakili Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha.

Sehubungan itu, kerajaan melalui JAKIM memperkenalkan inisiatif ini selari dengan usaha membanteras gejala sosial seperti keganasan rumah tangga, pengabaian keluarga, dan kecuaian ketua keluarga dalam melaksanakan amanah mereka.

Program tersebut dilihat sebagai langkah proaktif dalam membentuk lelaki yang berperanan sebagai pelindung dan pembimbing yang konsisten dalam pengamalannya.

Hazizah Yusoff juga menekankan bahawa surah An-Nisa ayat 34 yang membawa maksud “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pelindung bagi kaum wanita” harus difahami dalam kerangka lebih luas yang merangkumi kesejahteraan masyarakat.

Beliau mewakili JAKIM menyuarakan harapan agar program seperti ini diteruskan dan diperkasakan agar dapat melahirkan lebih ramai lelaki Qawwam yang berwibawa serta mampu menjaga dan memelihara institusi, keluarga, masyarakat dan negara. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found