Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Nurfaizah menjanjikan persembahan hebat untuk peminatnya sempena Konsert MeleTOP TVS di Miri pada 17 Mei depan. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Dayang Nurfaizah teruja kembali ke Miri sempena Konsert MeleTOP TVS

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 30 April: Menjelang Konsert MeleTOP TVS yang bakal menggegarkan Miri pada 17 Mei depan, barisan penyanyi tanah air meluahkan keterujaan untuk bertemu peminat mereka di Borneo.

Penyanyi terkenal kelahiran Kuching, Dayang Nurfaizah berkata, dia tidak sabar untuk mencipta kenangan manis bersama para peminatnya di bandar raya kedua terbesar di Sarawak itu.

“Setiap kali saya membuat persembahan di Miri, tidak kira untuk majlis peribadi atau terbuka, ia sentiasa menyeronokkan kerana orang Borneo suka bergembira. Saya tidak sabar kerana penonton di sana akan memberikan sambutan terbaik,” katanya kepada TVS selepas hadir program MeleTOP terbitan Astro di Bukit Jalil malam tadi.

Artis yang telah meraih pelbagai anugerah itu berkata, dia telah menyediakan susunan lagu – lagu yang istimewa untuk peminat.

“Lagu apa yang akan saya nyanyikan, biarlah rahsia dan menjadi kejutan kepada peminat di sana,” katanya.

Tambah Dayang Nurfaizah, dia yakin Konsert MeleTOP TVS akan mendapat sambutan hangat berikutan perkembangan semasa di Sarawak.

“Saya tidak sabar bertemu mereka tidak kira dari Miri, Bintulu, Sibu, Sarikei dan juga Kuching. Ini kerana Lebuhraya Pan Borneo telah beroperasi dan memudahkan peminat-peminat di Sarawak serta Brunei untuk hadir,” katanya.

Konsert MeleTOP TVS akan disiarkan secara langsung di TVS (Saluran 122 di Astro, MYTV dan UnifiTV), Astro ONE serta Sooka.

Selain Dayang Nurfaizah, konsert di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Miri itu juga akan dimeriahkan lagi persembahan Nadeera Zaini, Hafiz Suip, Marsha Milan, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi.

Konsert akan dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Hana Rizwana yang akan bergandingan dengan pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh.

Penaja utama bagi Konsert MeleTOP adalah U-Mobile.

Pada 21 Mei pula, Konsert Berkat Gawai – Kaamatan akan menampilkan ratu rock negara Ella diikuti Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, and Marina Jara dari Kalimantan.

Tempahan awal tiket yang dibuka sudah penuh namun, peminat masih berpeluang mendapatkan tiket ekslusif dengan mengikuti pengumuman di laman sosial media TVS Entertainment tidak lama lagi.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan