Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja persiapan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 di Chengdu sudah hampir selesai. Foto CMG

Chengdu pergiat kerja persiapan Sukan Dunia 2025

ByBernama

BEIJING, 30 April: Kerja persiapan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 di Chengdu sudah hampir selesai.

Perkembangan itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Beijing pada Selasa sempena kiraan detik 100 hari menjelang temasya sukan berprestij itu.

Difahamkan, TWG 2025 akan menawarkan sebanyak 34 sukan melibatkan 255 acara untuk dipertandingkan.

Larian obor dijadual dilancarkan di Muzium Sanxingdui di bandar Deyang, provinsi Sichuan pada 26 Julai.

Sempena penganjuran temasya sukan itu, Chengdu selaku tuan rumah turut memperkenalkan pakej pelancongan budaya serta siri aktiviti yang menarik bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan budaya tradisi tempatan.

Langkah juga akan diambil untuk memastikan pengembara asing menikmati kemudahan dan perkhidmatan lebih cekap, antaranya termasuk mewujudkan pembayaran mudah alih bagi 21 e-dompet luar negara dan menyediakan skrin terjemahan pintar di kawasan utama.

Pada masa ini, jumlah kedai bayaran balik cukai pelepasan di seluruh bandar Chengdu telah meningkat kepada 429 buah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan