Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 453 orang maut manakala 1,265 lagi cedera dalam 856 nahas jalan raya di Myanmar sepanjang tiga bulan pertama tahun 2025, menurut Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan Myanmar pada Rabu, lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

453 terbunuh, 1,265 cedera dalam kemalangan jalan raya di Myanmar dalam tempoh tiga bulan

ByBernama

YANGON, 30 April: Sebanyak 453 orang maut manakala 1,265 lagi cedera dalam 856 nahas jalan raya di Myanmar sepanjang tiga bulan pertama tahun 2025, menurut Jabatan Pentadbiran Pengangkutan Jalan Myanmar pada Rabu, lapor Xinhua.

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 585 kematian dan 1,556 kecederaan, menurut jabatan berkenaan.

Wilayah Yangon merekodkan angka kematian tertinggi dalam tempoh berkenaan dengan 88 korban, diikuti Wilayah Mandalay (67) dan Wilayah Ayeyarwady (57).

Sepanjang tahun 2024, sejumlah 2,011 orang maut dan 5,576 lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara, menurut data rasmi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan