Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vesel nelayan yang melakukan pelanggaran syarat lesen ditahan Maritim Malaysia. Foto Maritim

Vesel nelayan tempatan langgar syarat lesen ditahan Maritim

KUCHING, 29 April: Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C bersama tiga kru warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak selepas dikesan melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985 dan menggunakan lesen radas komunikasi yang tamat tempoh.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bot ronda Maritim Malaysia melakukan tangkapan itu ketika melakukan rondaan Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019 kira-kira 10 batu nautika utara Tanjung Marou sekitar pukul 2.40 pagi, Isnin.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel dikendalikan tiga kru lelaki berumur antara 35 hingga 66 tahun itu telah melakukan aktiviti menangkap ikan di bawah jarak 12 batu nautika, melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya lagi, vesel tersebut turut didapati mengemukakan lesen penguntukan radas di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang telah tamat tempoh, sekali gus merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Vesel bersama semua kru telah diiring ke Jeti Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found