Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perselisihan faham antara dua lelaki warga emas sejak tiga hari bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas ditikam dengan pisau di Cherok Tok Kun di sini kelmarin. Foto Faitullah Morni (TVS)

Salah faham sejak tiga hari bertukar kejadian bunuh

BUKT MERTAJAM, 29 April: Perselisihan faham antara dua lelaki warga emas sejak tiga hari bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas ditikam dengan pisau di Cherok Tok Kun di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa berusia 63 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris berkata, kejadian berlaku semasa mangsa bersama lima rakannya termasuk suspek berusia 70 tahun sedang bersembang di sebuah pondok.

Katanya, semasa kejadian, suspek secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan telah memukul mangsa dengan sebatang kayu sehingga dia terjatuh ke atas lantai.

“Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan terus menikam mangsa sebelum dia melarikan diri.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis berjaya memberkas suspek bersama empat rakannya selepas insiden berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati punca kejadian dipercayai kerana perselisihan faham di antara mereka yang berlaku sejak tiga hari dan berlarutan sehingga ke hari kejadian,” katanya.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan